Infinize

Review Universal Soldier: A New Beginning

Ultimate Killing Machine!! Tu ayat yang boleh aku berikan untuk filem yang baru aku tonton minggu ni, Universal Soldier: A New Beginning. Filem yang bersahaja tetapi sangat fantastik!! Ini merupakan filem ketiga mengenai Universal Soldier.Filem ini di mula ditayangkan pada 21 January lepas namun seperti biasa aku tak lihat sebarang iklan mengenai filem ini di sebarang media massa. First time tengok kat wayang tadi. Setibanya di Jusco Ipoh orang ramai kaw2. Aku nak carik parking pon susah. So, kebiasaannya bila parking susah cari bermakna wayang akan penuh. Sangkaan aku hampir tepat.

Kebanyakkan cerita semuanya sold out dan yang hanya available adalah Universal Soldier: A New Beginning. Melihat dari poster, aku dapat rasakan cerita ini memang best sebab pelakon mereka semuanya tough-tough dan perkasa.Kepada yang masih tidak mengetahui filem ini mengenai apa, aku ceritakan sedikit tentang Universal Soldier. Ini adalah sekuel ke tiga Universal Soldier dan menceritakan tentang teknologi ketenteraan yang berjaya mencipta manusia yang mempunyai daya tahan diri yang amat tinggi dan tidak mempunyai perasaan. Filem ini di bintangi oleh Jean-Claude Van Damme, Dolph Lundgren serta Andrei Arlovski dan di arahkan oleh John Hyams.

Dalam A New Beginning ni, mengisahkan pengganas yang diketuai oleh General Boris menculik anak Perdana Menteri Russia dan menawan Power Plant Chernobyle. Pengganas ini meminta kerajaan Russia melepaskan beberapa tahanan banduan politik sebagai pertukaran dengan anak Perdana Menteri Russia. Jika permintaan mereka tak dituruti, mereka akan meletupkan bekas Power Plant Chernobyle. Letupan itu akan mengakibatkan saki baki radioaktif didalam reaktor power plant tu tersebar ke kawasan sekitar Russia. Pihak pengganas juga mempunyai Universal Soldier mereka sendiri dan pihak tentera Russia juga mempunyai Universal Soldier mereka sendiri. Pertarungan demi pertarungan berlaku dan sepanjang isu ini beberapa konflik telah timbul untuk merumitkan keadaan lagi. Nak tahu lebih lanjut, korang perlu tonton sendiri cerita ini.

So, ini review ringkas aku tentang filem ini.

  • Jika anda sukakan cerita yang penuh kejutan dan tidak mempunyai sakit jantung, ini cerita yang patut anda tonton. Terlalu banyak scene yang membuatkan anda menjerit tetapi bukan menjerit kerana ketakutan tetapi menjerit kerana terkejut.
  • Permulaan cerita bermula dengan penculikan anak Perdana Menteri Russia oleh pengganas. Masa scene ni jer dah boleh buat korang menjerit dan terkejut beruk. Teknik kamera yang digunakan sangat – sangat style. Cukup untuk membuatkan anda pening dan terasa nak muntah.
  • Anda peminat permainan komputer seperti Counter Strike, Medal of Honours atau Modern Warfare inilah cerita yang patut anda tonton. Selain Universal Soldier berlawan sesama sendiri, askar-askar Russia juga merancang melakukan serang hendap melawan pengganas. Sebijik macam main game counter strike.
  • Teknologi yang di gunakan terhadap Universal Soldier kelihatan agak memualkan. Doktor di pihak pengganas sering kali menggantikan bahagian-bahagian tubuh seperti tangan, tulang, kulit dan organ lain, Universal Soldier mereka selepas setiap kali pulang dari operasi. Tubuh di ganti baru seperti tidak cedera apa-apa. Agak tidak logik disitu.
  • Pergaduhan sesama Universal Soldier amat dahsyat dan ganas. Mereka ibarat robot yang sangat tahan lasak. Mereka tetap berlawan walaupun telah tercedera teruk. Sampai pecah-pecah dinding.
  • Jalan cerita yang biasa dan hampir hambar. Mungkin sudah banyak cerita Universal Soldier yang telah di cipta mereka sudah tidak ada idea. Mungkin filem kali ini di reka khas dan tertumpu pada aksi dan kejutan.
  • Filem ini aku tak masukkan ke dalam carta cerita yang wajib anda tonton. Anda boleh menonton cerita ini ketika anda rasa lapang dan inginkan sedikit kejutan dalam ketenangan hidup anda. Aku kurang suka part jalan cerita. Aksi sudah mantap.
  • Dari 5 bintang, aku beri 3.8 bintang.

Popularity: 22% [?]

1 Comment

Leave a Reply