Infinize

Review 3 Idiots

3 Idiots adalah sebuah filem bollywood yang mula ditayangkan di India pada 25 Disember 2009, di UK dan USA pada 23 Disember 2009. Kat Malaysia aku kurang pasti bila pelancarannya. Ianya mengisahkan 3 pemuda Farhan Qureshi (R. Madhavan), Raju Rastogi (Sharman Joshi), and Rancchoddas “Rancho” Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan) yang memasuki Imperial College of Engineering, kolej engineering terbaik di India. Aku malas nak cerita panjang mengenai filem ini kerana ianya sebuah filem lama dan sudah ramai yang menonton filem ini dan membuat review tentang filem ini.

Kepada yang belum tonton, pergilah tonton. Korang takkan menyesal. Korang boleh baca mengenai filem ini disini. Jika korang seorang pelajar universiti, jika korang seorang lecturer universiti, jika korang adalah pelajar yang ambil jurusan dalam kejuruteraan, jika korang seorang pengamal pendidikan dan jika korang seorang yang bodoh, aku sarankan tontonlah filem ini. Korang akan mendapat impaknya. So, aku ingin berceritakan impak cerita ni kepada aku dan kepada kita semua.

Firstly, kalau korang tak minat sesuatu berhentilah dan ikut kata hati korang. Ini yang Rancho katakan pada Farhan. Farhan amat ingin menjadi Photographer tetapi ayahnya inginkan dia menjadi engineer. Atas nasihat Rancho, Farhan tidak menjadi engineer tetapi menjadi Photographer setelah memujuk bapanya dan dia menjadi photgrapher yang berjaya. Begitu juga anda, jika anda tidak meminati apa yang anda sedang lakukan, berhenti dan lakukan apa yang anda suka.

Menjadi seorang photographer mungkin gajinya lebih kecil berbanding seorang engineer tetapi apa yang penting adalah hati kita senang dan seronok dengan apa yang kita lakukan. Kita bebas bekarya dan menjadi artist dalam kerja kita. Jika anda rasa anda sudah salah ambil kos, takpe habiskan belajar. Tapi bila tiba waktu bekerja, pilihlah kerja yang anda suka dan bukan gaji yang anda suka. Percayalah, anda tidak akan bahagia dan akan terus menjadi hamba kerja.

Secondly, sistem pendidikan di negara kita perlu diubah. Rancho pernah menyalahkan sistem pendidikan yang digunakan oleh Imperial College Engineering semasa berdebat dengan direktor college ini. Tapi orang tua direktor ini tetap berkeras yang sistemnya betul. Bagi aku, perkara ini betul dan tepat. Dalam sistem yang kita ada sekarang ianya ibarat perlumbaan. Kita dipecahkan mengikut grade dan pointer. Orang yang pandai akan berada di depan dan yang bodoh akan sentiasa di belakang dan dipinggirkan. Sebenarnya perlumbaan ini sangat tidak bagus.

Kita hanya di nilai mengikut markah. Pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar markah tertinggi dan pointer terbaik. Sedarkah kita bahawa ini menyekat perkembangan potensi yang ada dalam pelajar tersebut?! Kita terlalu tertekan dengan peperiksaan yang akan menanti sehingga kita tidak boleh menumpukan apa yang kita minat dan mengembangkannya. Sedangkan minat dan potensi yang seorang pelajar itu jika di asah dengan baik mampu menjadi asset yang berharga buat negara.

Dalam filem ini, Rancho mempunyai minat mendalam dalam kejuruteraan. Dia memasuki Imperial College of Engineering bukan kerana degree tetapi kerana ingin belajar. Dia sanggup mengantikan tempat seorang anak orang kaya yang tak minat belajar engineering untuk belajar tentang engineering dan degree tersebut diberikan kepada anak orang kaya itu (hanya orang yang tonton cerita faham). Akhirnya Rancho menjadi saintis yang banyak mempatenkan rekaan-rekaan terkini (hasil dari potensi engineering dalam dirinya bukan kerana degree kerana degreenya telah diberi kepada anak orang kaya itu). Begitu juga dengan Farhan yang berjaya mengembangkan potensi photography dalam dirinya.

Thirdly, cerita ini mengajar aku bahawa tidak ada yang lebih hebat dari sebuah persahabatan. Apa pun yang terjadi pada rakan kita, kita perlu sentiasa ada bersama mereka dan buatlah baik dengan semua orang walaupun orang itu telah banyak menyusahkan kita. Sebagai contoh, Rancho tetap membantu anak perempuan direktor kolej melahirkan anaknya walaupun ketika itu Rancho telah dibuang kolej kerana menceroboh masuk bilik direktor tersebut. Akhirnya, direktor tersebut amat terharu dengan tindakan Rancho.

Lastly, all is well (Aal Izz Well). Jangan takut apa yang akan berlaku. Jika anda ingin melakukan sesuatu, teruskan lakukan perkara tersebut. All is well. Jika anda tidak mahu lakukan, all is well. Perkara ini banyak kali di tekankan oleh Rancho dalam filem ini. All is well. Jangan takut untuk hidup dan melakukan kelainan dalam kehidupan kerana semuanya akan ok. Kita terlalu takut untuk menentang arus. Apa yang kita tahu, kita ikut apa yang orang lain lakukan kerana takut terlambat atau gagal. Kita cuba berlumba dalam kelompok tersebut agar kita tidak ketinggalan dan berusaha menjadi yang pertama.

Namun hakikatnya jika kita ingin menjadi luar biasa, kita perlu keluar dari kelompok dan menetang arus. Kegagalan bukan bermakna kita akan mati, ia bermakna kita sedang berusaha untuk berjaya. Semakin banyak kita gagal, semakin banyak kita tahu perkara yg tidak patut dilakukan. Belajarlah untuk gagal dan keluar dari kelompok persamaan ini. Anda pasti akan temui keluarbiasaan dalam diri anda. Percayalah.

Kesimpulannya, 3 Idiots adalah sebuah filem yang lengkap untuk memotivasikan pelajar ataupun fresh graduate. Tonton cerita ini, anda pasti tahu apa yang perlu anda lakukan dalam hidup ini. Terus mengikut sistem yang ada atau keluar daripadanya dan cipta sistem anda sendiri. Anda tentukannya.

Aku banyak belajar dari filem. Bagi aku, ia ibarat membaca sebuah buku moden. Ada buku yang patut diagungkan, ada buku yang seperti sampah. Apa pun buku yang anda baca, cuba jadikannya motivasi dalam hidup anda dan ikutlah kata hati anda.

“Aal Izz Well”

Popularity: 51% [?]

1 Comment

Leave a Reply